Sunday 26 August 2018

The Suspects a.k.a

Kumpulan The Suspect ditubuhkan pada tahun 1994, dimana ketika itu line up kumpulan ini terdiri daripada Man Spec (vokal), Syam (bass), Taufiq (guitar), dan Sexsio (drums). Idea penubuhan kumpulan ini tercetus apabila melihat kurangnya band-band yang memainkan muzik Oi! di Malaysia yang ketika itu didalam scene muzik underground Di Malaysia lebih kearah gaya muzik Punk dan Metal.

Sama seperti pengaruh band-band Oi! yang lain mereka menjadikan The business, The 4 skins, The Oppressed, The Last Resort Dan The Partisans sebagai rujukan muzik mereka.

Pada tahun 1995, buat pertama kalinya mereka berpeluang bermain gig  bertempat Di Piccadilly Discotheque, Damansara Jaya dan beberapa siri gig yang lain Dan meluaskan pergerakkan muzik Oi! Didalam underground scene di Malaysia dan mempengaruhi pertumbuhan band-band Oi!  diseluruh Malaysia. 

Menjadi lumrah dalam sesebuah band, Pengunduran dan penukaran beberapa ahli kumpulan berlaku dimana So'od mengantikan Sexsio diposisi drum,  Cheetah pula mengantikan Syam pada posisi guitar Bass dan Jagman/Rizal @Gajahskin mengalas posisi vokal mengantikan Man Spex pada thin 1997, bagaimana pun line up kedua ini tidak bertahan lama dimana pada hujung tahun 1998 menyaksikan gig terakhir mereka di Lost City.

Pada tahun 1999 menyaksikan penukaran hampir kesemua ahli kumpulan The Suspects, dimana hanya Rizal @ Gajahskin yang kekal. Dengan kemasukkan Acong (bass),  Rudie (lead guitar) , Edy Zaidi Pedon (rhythm guitar)  dan Ellie (drum). Dengan line up terbaru ini mereka menambah a.k.a dibelakang nama kumpulan mereka yang mahu dikenali sebagai The Suspects a.k.a dan menyaksikan mereka memainkan muzik Street Rock.  Penghujung tahun 1999 Ellone mengundurkan diri dan So'od kembali ke bermain drum.

Bulan Ogos 1999 mereka dijemput menjaya Oi! Festival Di Warp Discotheque (Live Centre) Dan Mega Kinder Di Stadium Bukit Jalil pada 31 April 2000.

Pada tahun 2000, akhirnya mereka meriliskan sebuah  E.P yang berjudul 'Kami Yang Disyaki' dimana mereka memainkan musik Street Rock yang dirakamkan distudio Twin Studio.  Dimana mereka meriliskan dibawah label mereka iaitu  REVO RECORDS.  Pada tahun 2003 Nebiula Production meriliskan kembali E.P ini yg diremastered kan kembali dengan penambahan 2 buah lagu baru iaitu 'Do You Still Remember' dan 'Vespa Hitam'.


Selepas itu mereka terus menyepi sehinggalah pada tahun 2006 dengan menggunakan nama The Suspects mereka meriliskan album 'Gegarkan Duniamu' yang mengandungi 10buah lagu dimana 9buah lagu adalah lagu baru dan sebuah lagu lama yang dirakamkan kembali iaitu 'Vespa Hitam'. The Suspects untuk album ini hanya dianggotai oleh Acong dan So'od. Dibantu oleh pemuzik undangan iaitu Alim, Bakri dan Syarul. Album ini diterbitkan dan diedarkan oleh  InterGlobal Music.

Pada tahun 2007 InterGlobal Music dan Nebula Production meriliskan Album 'Kami Yang Disyaki' (Deluxe Edition) yang mengandungi lagu-lagu dari E.P 'Kami Yang Disyaki' dengan penambahan 6 buah lagu minus one.

Pada Tahun 2016 mereka kembali aktif disekitar gig-gig dan Konsert diMalaysia antaranya Pentas Rock The World pada tahun 2017 dan Oi! Festival 2018, Dimana Rizal@Gajahskin kembali menerajui The Suspects a.k.a Ketika artikel ini ditulis mereka sedang kembali berkerja Di Studio menyiapkan lagu-lagu baru. No Mess, No Fuss, Just Pure Impact.